29 December 2008

end of the day

title ini tiada kena mengena dgn post untuk blog hari ini
hari ini saya hanya ingin menulis dalam bahasa melayu memandangkan saya tiada perasaan atau keinginan untuk menulis dalam bahasa inggeris mahupun bahasa sarawak

berbalik kepada tajuk,
jika anda berada di tempat saya, tepat pada pukul 2 petang, setelah menyelesaikan segala urusan yg amat tidak disukai seperti membayar bil serta yuran di bank, mengeluarkan dan mengisikan kembali duit melalui mesin atm yg hari2 menyanyi2 meminta cuti mc kerana ingin bersalin ( oh minta maaf kerana terlebih membebel )

anda singgah ke chicken hartz di kala perut anda berkeroncong menyanyikan lagu raihan dan manbai versi rock metal. di ciken hartz dgn motto nya eat all you can (aku terus teringat motto airasia iaitu everyone can fly dan motto sebuah kedai pakaian di bandar yg bermottokan everyone can buy * oh mereka sungguh kreatif* ), adakah anda akan tetap segan silu untuk menambah makanan yg lazat yang disediakan seperti ayam panggang, ikan goreng, salad berbagai dressing mahupun kuih yg menawan hati?? adakah anda masih perduli untuk menggunakan garfu dan sudu dikala melihat kepak ayam menari2 ballet di atas pinggan anda??

jika saya berada di tempat anda pada masa itu (apakah??) saya dengan penuh x segan silu mengambil dan merasa semua makanan yg disediakan oleh chef2 yg berkaliber dalam seni kulinari kerana bagi saya, amat syg jika makanan tersebut tidak dimakan dan dihabiskan oleh para pelanggan. di samping itu, perut ini mmg minta diisi kerana tangki minyak dalam perut telah menunjukkan skala E (kehabisan minyak).saya juga tidak menghiraukan untuk menggunakan sudu mahupun garfu kerana berpendapat org melayu mmg makan menggunakan tgn walopun motif utama hanya untuk meragut dan mencarikkan ayam2 goreng itu. bagi saya, hilang lah seni mencarik ayam jika kita mencarik menggunakan sudu dan garfu mahupun chopstick. saya ingin mengekalkan seni itu sehingga ke anak cucu. benar. tiada penipuan pada pernyataan tersebut.

oleh kerana itu, habis lah 4 ketul ayam goreng, seketul ikan goreng punya fillet, 6 ketul potato goreng yg agak debab saiznya, beberapa keping potato chips, 2 ulas kuih, 2 gelas icelemon tea (teh o ais limau : sy baru thu nama ice lemon tea versi melayu stlh berada di intec) dan potato. lenyek dibaham masuk ke dalam perut saya.anda fikir sy bergurau? oh tidak, sy ada buktinya. nnti sy uploadkan gambar nya ya


jangan tanya mengapa begitu banyak pinggan dihadapan saya. sy x mahu menjawab soalan itu


oh bijan muka anda sungguh bahagia menikmati aiskrim anda walaupun sy yang menghabiskan aiskrim tersebut tanpa disedari oleh umi. haha



ini menu untuk round kedua. saja ingin menghias pinggan yg kosong


sebenarnya sy x tahu apa yg direpek kan. tapi, anda paham2 la ya. oh ya, peringatan jika anda ingin pergi ke chicken hartz buffet restaurant, jgn pergi dikala anda sudah kenyang, nanti anda akan rugi. dan yang paling penting, jangan lupa baca basmallah sebelum makan ya :)

4 comments:

sYeNgEt ke senget?? said...

oit!!!!!
apsal nk wat aku lapo ni..
kepak ayam menari2???
walaweyh~ dush3!!!

zueea said...

jeles nya! knk kmk xda? huwa huwa!!!! lak mbk mek g ciken hart rah ts! hohohoho~

zeeyann zayanna said...

duhal ko nk ngabis eskrem ya
mati2 ku ingat umi dowh
haha

zeeyann=bijann?? said...

saya mk polah pengumuman!!

ein2!!

http://visually-blue.blogspot.com

blog aku..
mn mk spam silakan

x3