06 May 2009

ibu saya mahu pulang

nota ini khas untuk bonda yang tercinta nun jauh di mata, jauh dari badan dekat di hati dan dekat di telinga :D

bonda, anakanda tidak tahu adakah anakanda ini menulis surat mahupun teks ucapan buat bonda tercinta. oleh itu, anakanda menyerahkan formatnya kepada bonda untuk dipilih kerana bonda aumat pandai dalam memilih pakaian, cadar katil mahupun makanan yang sedap2 untuk anakanda

bondaku, anakanda sudah lama terperuk di pulau yang banyak kilang serta asap ini. mengakibatkan suara anakanda rock bagaikan penyanyi a.ramli sarip. bonda tentu kagum dengan perubahan suara anakanda dan risau kerana menyangka suara anakanda ini baligh pon akhirnya. usah risau bonda ku sayang kerana ini adalah untuk sementara sahaja. apabila terdapat pertandingan menyanyi mahupun karaoke, suara anakanda mesti pulih semerdu buluh pelita hari raya

bondaku, anakanda amat merinduimu. anakanda amat rindu masakan bonda yang sedap serta canggih itu. bukan semua org pernah dengan resepi ayam masak dalam oven mahupon ayam masak kunyit letak bahan2 , letak api dan masak. jangan hairan mengapa anakanda hanya mengutarakan resepi berasaskan makanan kerana anakanda suka akan ayam. bonda mesti tahu kerana bonda suka mengubah suai resepi yang berasaskan ayam. sehingga kini, baru 3 resepi ayam bonda yang dapat anakanda buat dan yang lain, mungkin di lain segmen ya bonda. anakanda juga merindui rumah yang berwarna coklat seakan2 coklat cadbury itu. mungkin pada hari raya ini, anakanda ingin membuat request untuk mengecat rumah berwarna hijau seperti kuih bingka pula. anakanda juga merindui anjing depan rumah yang asyik menyalak anakanda kerana balik rumah di tengah malam. rindu anakanda tidak tertahan rasanya.

bondaku, mungkin ini sahaja yang anakanda dapat luahkan pada masa ini, masa amat mencemburui kita, anakanda perlu mendodoikan diri untuk menempuh hari esok. kirim salam sayang serta ciuman kepada kucing2 anakanda yang comel tidak termasuk kucing kakanda yang mintak puji. salam sayang anakanda kepada ayahanda, kakanda yang berada di rumah, mak cik yang sedia menunggu di rumah serta bibik, tidak dilupai, katil anakanda yang berhabuk

dua tiga kucing berlari
anakanda ingin mengundurkan diri
hari2 jangan berlari2
ada masa anakanda tulis lagi

sayang pelokciummuahmuahh
anakandamu eein. :)

2 comments:

rosemmg best said...

ko tak nk mention lak kucing jiran sebah ke pe.. sampai anjing depan umah pon faymes~~ hahahahha

eein laa said...

tape2 jiran xde kucing
hahahah