03 March 2010

ibu, saya mahu pulang

ini bukan lah lagu aisyah
walaupun tajuknya sama

ini hanya luahan hati
ingin pulang ke rumah dan makan sepuas-puasnya

adakah itu homesick?
oh saya tidak sebegitu tahu

saya rindu tukol dan siti
dengar khabar rumahtangga mereka goyah
kerana tukol miang-miang mencari pasangan mengawan yg lain
( tukol dan siti adalah nama kucing)

saya rindu bilik kecil saya
di situ saya banyak membuang masa menonton muvi, makan sambil terbaring
serta tido pelbagai aksi

tidak dilupai juga saya rindu mak bapak dan abg2 sekalian
siapa jadi driver mak?
oh suruh lah abang2 dan jgn asyik menjemur bubok untuk dijadikan belacan sahaja
ataupun mencabut rumput seluruh rumah
nanti sakit badan

saya rindu bintulu
saya mahu makan buntut ayam panggang :'(

p/s saya rindu kawan kawan dimana anda berada. ngaaaaaaaaaaa~

3 comments:

zueea said...

yah nanti saya bli buntut ayam utk kamu. saya post ok? :)

tahukah kamu saya sgt keboringan kerana cuti tiada kereta kancil dtg ke rumah membawa saya mengelilingi dunia?

ein, borink cuti kmk! aaaa!

EeinSebagaiBeta said...

oh kamu mahu kunci kancil kah?
nanti saya bagi kerana rasanya tiada org yg ingin memakai kereta itu buat masa ini. ahahahaha

sila post buntut ayam panggang banyak2 ya sy mengidam. bahaha.

oi mbak la effa klua. cam boring jak anak ya rah umahh

sehAc0meL =P said...

waaa~~
e'ein homesick kaa??? haha!
nnti sy pos siti n tukol utk kamu..
kamu jgn pulang slagi cuti blum tiba...
so, jom c0untdown cuti bersama2.. =p
ein!! kmk rindu ktk! haha!