11 January 2011

It is a new year already!

Tup tap tup tap dah tahun baru rupanya.

2011! welcome welcome!

In relation with new year, since everybody talk about their resolution, I didn't bother to tell you guys about mine. Forget it. You will never know. Bluek!

Oh before that, goodbye 2010. You will always be missed! Many good and bad things happen during that year ;)

Antara benda2 yang dah berlaku dalam 2010:

  1. Fly off to Melbourne. Seriously aku takpenah percaya aku boleh belaja sampai ke Melben, Aku ingat aku sambung study kat UM je. Tak pun kat UiTM. Thank you Allah :)
  2. Meeting new people in new environment. Yang ni satu cabaran nak mati wat aku. Ingat aku senang-senang nak adapt ngan situation baru ke? Susah lah ngong! Lagi-lagi orang pendiam macam aku ni haa. PENDIAMM. siapa tak setuju, kau wat diam2 je. Aku tanak layan. hahaha. Tanak cite ah pasal mende ni. Sampai sekarang taktau lah dah boleh adapt ke tak dgn culture lain nih. Anyway, thanks guys who has been friends to me. I really appreciate that :)
  3. Been in a pretty long damn relationship. Mesti korang nak muntah dah kan dengar cerita cerita pasal relationship ni en? Takpe2. Aku tak cite in detail pun. Aku nak cakap kat sini yang communication is a key for this relationship and honestly, aku rasa communication ni jugak lah satu masalah. Ye lah sorang dah tengah malam sorang lagi baru balik main bola. Nak communicate cemane nye en. Hahaha. Takpelah. Eh tapi ingat tau. Communication tu baru satu kunci, Banyak lagi kunci2 lain. Aku tak pro lam mende ni. So jangan tanya aku. :)
  4. Be an independent person. Yang ni sape tak independent jugak kalau dah pegi negara orang, aku taktau la. Memang nak kena babap jadi lempeng. Mak bapak dah jauh en, so harapkan diri sendiri je lah. Plus kawan2 yang sudi membantu. Yes u guys are the best! hehe. Dulu takpernah2 nak call orang complain sal internet lembap lah mende lah en. Sekarang ni haa ambek kau. Suma bende kena buat sendiri. Kau tak basuh baju, kau pakai la baju busuk tu sepanjang tahun. Haha. Contoh gila hiperbola nak mati.
  5. Aku masak wehh!!. See, benda remeh2 pun boleh wat jadi bangga. Hahaha. Weh aku dah reti masak wehh!! Jangan ejek aku lagi dah! Aku reti masak! Yang simple2 lah tapi. Kalau kau suruh aku masak rendang ayam tu aku surrender la. Setakat Mi maggi tu ko bagi je aku masak. AKU RETI MASAK MENDE TU. hahaha
  6. Make a friend in the tram. Yang ni takleh blah. Cani cani. Aku pegi la shopping mall XX (bukan nama betul la ek. Nama betul dia DFO) ni. Aku pegi sesorang sebab aku ingat member aku dah tunggu kat sana. So aku pegi la. Tup tup, aku sampai je kat mall tu member aku dah balik dah. Laaaa. Pastu aku cam orang gila la jalan sengsorang. Nasib baik ada mp3. Tak lah macam orang gila sangat. Haa. Lepas aku shopping punya shopping, aku nak balik lah rumah kawan aku ni guna tram. Tiba2 ada akak tu tego aku. Dia cakap dia ada tego aku dalam mall tadi. Aku angguk je sebab aku tak dengar pun apa dia cakap. Aku angguk sebab dengar lagu metal je. So akak tu pun excited lah pastu aku tak cakap pape pun dia dah cite kat aku memacam. Since aku pendiam, aku dengar je la cite dia sambil senyum2. Haa. Kenal tak sampai 3 minit kitorang dah borak sampai setengah jam. Amek kau. Sampai terlepas stop tram aku. Hahaha
Aku rasa cukup lah sampai 6 je dulu ek. Penat dah ni nak taip. Korang lak, apa yang best jadi tahun 2010 korang? (Aku tau takde orang baca blog ni. takyah jawab pun takpe. Aku random je tanya :))


No comments: